..::jUsT sEaRcH iT::..

Wednesday, December 29, 2010

Saya Blogger Penang

~Penang - Pearl of the Orient~

Nama diberi dalam surat beranak Nur Faradila Bt Ahmad Tarmizy.. kalau kat rumah mama n ayah panggil adik..atok pulak panggil wok ( bahaso nogori).. tapi kalau member-member lebih senang dipanggil fara..

Hurmm..kalau bab status nih macam dalam kabus..samar-samar jew..hehehehe.. @_@"
nak kata solo pon tak..nak kata tak solo pown tak..sampai seru ade la die..

Zaman dah maju so senang jew nak berhubung semua dihujung jari.so kalau nak contact tu boleh la add fara kat facebook..twitter n ym..


Asal sebenarnye dari Kuala Lumpur..tapi dah memandangkan dah lama stay kat penang so da bole kata chek nie anak penang celop la noh??Chek tinggai kat seberang kat bukit mertajam (tanah besar)..pulau pinang nie nampak jew kecik tapi besaq la jugak sebab tu la ada bahagian tanah besaq ngan pulau.(penat jugak nak celoteh dalam loghat utara nih)hehehehe..


Apa ada dengan PENANG??
Macam iklan astro..Macam-Macam Ada!!

Penang nih merupakan salah satu tempat bersejarah..kalau kite bukak jew buku sejarah time sekolah dulu sure ada punyalah cerita-cerita pasal PULAU PINANG (pulau mutiara). Macam-macam benda menarik yang ada disini nak Shopping?? nak Makan?? nak Jalan-Jalan semua ada di Penang..

SHOPPING!!

Boleh dikatakan Penang nie merupakan "SYURGA"
membeli belah..tapi tak la sehebat kat KL..
kalau orang datang jew kat sini surenak pergi ke
NIGHT MARKET(Petaling Street Penang)
kat Batu Ferringhi..kat sana macam-macam
benda ade. Memang tak sah kalau datang sini tak beli jeruk..so bagi penggemar jeruk bolehlah borong jeruk kat Bazar Chowrasta

Jalan-Jalan Cari Makan!!


Bagi si kaki makan disinilah tempatnya!Kalau datang sini tak sah kalau tak pekena
Nasi Kandar & kari kepala ikan (pelita & line clear). Nak makan ala-ala stall pown ada..
jom pi Padang Kota Lama tak pun Gurney Drive

disana macam-macam jenis pilihan makanan ada sebut je pasembor..seafood..laksa penang..
char kuey teow semua ada.


Jom Ronda PENANG!!


Kalau nak explore Penang ni sehari memang tak cukup. Nampak je kat dalam poeta Malaysia tu pulau yang kecil tapi luas la jugak. Apa yang bestnya dekat Penang nie korunk boleh guna
pelbagai jenis cara untuk jalan-jalan kat sini.
Korunk boleh guna Jambatan Pulau Pinang
(11 minit perjalanan dari tanah be
sar ke pulau itu pun kalau tak jam). Korunk boleh jugak naik feri (sambil tengok view Penang).
Kalau dah sampai di bahagian pulau..korang boleh cuba naik beca..memang best! Antara tempat-tempatyang menarik yang ade kat Penang ni seperti Fort Cornwallis, Bukit Bendera, Taman Rama-Rama, Batu Ferringhi, Snake Tample dan macam-macam lagi. Nak cerita tempat-tempat yang best kat sini terlalu banyak kalau nak tau kena la datang sini..datang skali mesti nak datang lagi!


Let's Go!!


~KOMTAR~

~ Bazar Chowrasta~

~ famous nasi kandar~

~Kek Lok Si Tample~

~ Fort Cornwallis di Padang Kota Lama~

~Batu Ferringhi~

~jom makan durian..Balik Pulau~

~Penang Butterfly Farm~

~Bukit Bendera~

~one and only Hard Rock Hotel in Malaysia~

1 comment: