
"CINTA" bunyi nye cukup indah...tapi disebalik semua itu kadang-kadang boleh membuatkan seseorang itu terluka..lalu melakukan sesuatu yang diluar kawalan..itu la sebabnya kadang-kadang ada yangsampai sanggup bunuh diri dek kerana cinta..hish..DOSA woooo..macam kisah nie..
awal-awal pagi handphone ku dah berdering..ingatkan alarm clock yang bunyi rupa-rupanya ade call yang masuk (Faizal..bukan nama sebenar).
fara...ko kene tolong aku..aku dah xde sapa lagi yang boleh tolong aku!!
mak aii..dah lame mamat nih tak call aku..ape cer tetibe mintak tolong kat aku??
nape nih??ko ok ker??
dengan suara yang tersangkut-sangkut..
fara..aku GAY!!
aku jadi macam nie sebab dia!!dia wat aku benci dengan perempuan!!aku bahagia dengan bf-bf aku..apa yang aku nak semua aku dapat..tapi aku tak pernah tenang..sampai satu hari aku berkenalan ngan seorang budak perempuan nie..dia satu kelas dengan aku..aku mula rasa senang bila bersama dengannya sampai satu tahap aku ajak dia couple dengan aku..dia terima atas dasar saying...tapi hari demi hari aku makin keliru dengan diri aku..aku cuba menyintainya tapi ada saja yang menghalang(bf aku).member-member kolej semua cakap aku bisex!!aku MALU!!
fara ko kene tolong aku fara..aku dah tak ada tempat mengadu..kalau ko nak tau aku dah lama tak contact ko sebab aku malu fara...tapi aku yakin ko dapat tolong aku..aku nak berubah..tapi aku sayangkan bf aku..aku tak boleh hidup tanpa dia..........
terkedu aku mendengar cerita kawanku ini..walaupun perkenalan kami hanya ketika aku berada di kem PLKN...memang tak dapat dinafikan aku agak disenangi oleh rakan-rakanku kerana diorang boleh cerita apa saja..dan aku jenis yang tak pernahkesah untuk berkawan dengan siapa sekalipun tak kiralah..kaya..miskin..jahat..baik..laki..perempuan or sebaliknya..bagi aku setiap orang mempunyai kisah dan alasan disebalik apa yang terjadi pada mereka.
izal..terus terang aku katakan aku kesian dengan ko..tapi kenape ko kene hukum and rosakkan diri ko sebab perempuan tu??
ko ingat dia akan kesian dekat ko ker?? LIFE MUST GO ON BRO!!
ko seorang lelaki yang baik...ko kacak..ko pandai..tapi kenape ko tak nak pikir dulu sebelum ko wat keputusan cam nie??semuanya sebab DENDAM kan???KECEWA??
(dia terus mendiamkan diri)
ko cakap ko nak berubah..tapi ko sayangkan bf ko??izal..ko sayanglah dia macam mana skalipun..dia tak mampu untuk beri ko kebahagiaan buat selama-lamanya..mungkin aku salah..aku minta maaf..tapi aku dapat rasakan yang ko hanya rasa happy dengan kemewahan yang diberi..aku tak salahkan ko..itu semua takdir dari-Nya..
tapi ko kene ingat yang..Allah dah ciptakan setiap hambanya itu berpasang-pasangan lelaki dan perempuan..tapi bukannya lelaki dan lelaki..atau perempuan dan perempuan..
pernah tak ko terfikir apa perasaan mama ngan papa ko bila dia tau ko wat perangai macam nie?
HANCUR bro!!ko dah la anak tunggal..siapa lagi yang mama dan papa ko nak harapkan??

aku tau aku tak layak nak cakap macam nie kat ko..tapi aku sayangkan ko..aku tak sanggup nak tengok kawan aku jadi macam nie...there’s nothing much yang aku bole tolong..yang hanya bole tolong ko hanyalah ALLAH..ko pikir elok-elok..sampai bila ko nak terus jadi macam nie..kalau ko nak berubah..ko mintalah pada-Nya..masih belum terlambat lagi bro..aku nak sangat tengok ko happy macam dulu..MAT ROMEO yang digilai bebudak kat kem..
jangan disebab
kan cinta yang TERHALANG..sampai sanggup melakukan cinta TERLARANG..izal..aku sayangkan ko..ko berhak untuk hidup jauh lebey baik dari ini..aku hanya mampu untuk mendengar dan member nasihat..segalanya terserah pada diri ko sendiri bro..walau ape skalipun u are still my friend...~macam mana caranya untuk aku membantu kawanku ini??ajak jumpa dia malu...so macam mana??
~cinta kadang kala menyakitkan..
cinta juga membuat seseorang itu menderita..
tapi janganlahdek kerana cinta kau musnahkan segalanya..




No comments:
Post a Comment