
Hatiku sangat terhibur bile adik amira datang ke rumah..bagi aku dia seorang yang sangat istimewa walaupun terdapat kecacatan dan kekurangan pada dirinya..dia menghidapi penyakit genetik iaitu Sindrom Down.
APA ITU SINDROM DOWN??
* Sindrom Down berlaku disebabkan kelainan kromosom menyebabkan seseorang kanak-kanak itu menunjukkan sifat fizikal khusus yang boleh dikenali sewaktu bayi lagi. Pada sindrom itu terdapat ciri perkembangan mental yang terjejas.
* Sindrom down terjadi dalam kira-kira satu kelahiran bayi bagi setiap 700 hingga 1,000 kelahiran.
* Ramai pakar mengatakan ibu yang berumur 35 tahun ke atas, jika mengandung
mempunyai risiko yang tinggi melahirkan anak sindrom down. Bagaimanapun, ibu muda juga tidak terkecuali daripada menghadapi risiko itu.
* Sindrom ini terdapat pada semua bangsa di seluruh dunia dan jika kanak- kanak Sindrom Down dikumpulkan beramai-ramai dari apa bangsa sekalipun, rupa dan sifat mereka kelihatan sama saja.
* Kanak-kanak yang menghidap Down Syndrome mempunyai raut wajah seperti orang Mongolia. Disebabkan itu, mereka juga disebut sebagai kanak-kanak Mongol. Mata mereka senget dan

mereka mempunyai lipatan epicanthic serta hidung pendek dan leper. Muka mereka kecil dan lidah kelihatan besar serta terkeluar. Telinga mereka pula kecil dan kadang-kadang tidak mempunyai tulang rawan. Bentuk kepala kecil dan leher pula pendek.
* Kanak-kanak sindrom down jika membesar, mereka tidak dapat meningkat lebih tinggi. Mereka biasanya pendek, anggota tangan dan kaki juga pendek.
Amira dilahirkan pra-matang..beberapa bulan kemudian doktor mengesahkan bahawa dia menghidapi sindrom down..sayangnya aku x sempat nak bergambar dengannya kerana terlalu leka bermain2 dengan sikecil yang berusia setahun setengah itu..walaupun kehidupan keluarganya serba kekurangan tetapi aku yakin dan pasti amira dapat menceriakan seluruh ahli keluarganya..aku berharap sangat2 agar satu hari nanti dapat bermain dengannya lagi..kerana dia sungguh comel dan pintar!
Dah ramai insan2 seperti ini telahaku jumpa..rata2 mereka sungguh comel..tiba2 aku teringat akan haikal...die pun menghidapi penyakit yang sama tapi die juga menghidapi sejenis lagi penyakit yang menyebabkannya menjadi seorang yang hyper aktif...ibunya pernah menceritakan kepada mama yang kakaknya tidak berapa gemar dengannya kerana rimas dengan keadaannya yang terlalu aktif..tapi kini bila dah tinggal berjauhkan dengan adiknya itu barulah dia sedar bahawa dia sangat menyayangi adiknya itu..ternyata Allah itu maha kaya dan adil...Dia telah mengambil sebahagian daripada diri kanak2 ini tetapi memberikan keistimewaan dan kelebihan yang tiada pada diri orang lain.. =]




da lama xsinggah sini
ReplyDelete