..::jUsT sEaRcH iT::..

Thursday, October 7, 2010

~perginya tidak kembali...


Isnin, 04 oktober 2010, jam 2.30pagi...




Perginya insan yang bernama Hjh. Jemilah bt Hj. Omar kembali menghadap yang maha Esa pada usia 98 tahun....perginya dalam keadaan yang amat tenang..iaitu ketika dalam tidur..aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berada disisinya ketika dia mengembuskan nafasnya yang terakhir...yang membuatkan hatiku bertambah sayu..dia pergi selepas beberapa jam aku meninggalkan rumah dan pulang kembali ke universiti...

Aku tidak berpeluang untuk bersalam dengannya ketika mahu pulang ke universiti kerana pada ketika itu dia telah kembali koma..Kini rumahku kembali suram dan sunyi..tiada lagi tawa riang...nyanyian..bacaan doa...kerana ketika hayatnya...perangainya seolah2 seperti kanak-kanak akibat penyakit alzheimer...Masih segar lagi diingatanku dan terniang-niang lagi di cuping telingaku dengan perkataan "Mar...Mar...aku nak minum.."..semua orang didalam rumah mendapat nama yang sama..


Apa yang lebih menyedihkan aku apabila melihat wajah atuk yang sememangnya berasa amat kehilangan dan terpukul dengan pemergian wan...siapa yang tidak sedih apabila orang yang paling disayangi pergi buat selama-lamanya...


Pagi Rabu,


Mama telah memberitahu bahawa atuk terjatuh dari katil dalam bilik....bila ditanya macam mana boleh terjatuh..atuk mengatakan bahawa dia terasa seperiti dia memeluk wan dan wan memanggilnya...akibat bangun dengan tergesa-gesa..lalu dia terjatuh...aku tahu jauh di sudut hatinya...dia terlalu rindukan wan...


Ternyata kami semua amat merinduinya...aku tidak menyangka dia akan menghebuskan nafas terakhirnya itu dirumahku..setidak-tidaknya hajatnya untuk tinggal di rumah baruku tercapai..dan aku amat bersyukur setidak-tidaknya berpeluang untuk menjaganya selama 9 bulan.Tapi kini aku tidak berpeluang lagi untuk menolong mama dan bibikku untuk memandikannya..memakaikannya pampers..menyuapkannya makan...rindu saat-saat itu..aku dapat merasakan perasaan mama dan bibik yang telah menjaganya selama 24 jam..


Aku amat bersyukur walaupun keluargaku dan rumahku dikelilini dengan orang yang bukan Islam..tetapi ramai yang datang ketika upacara pengebumian dan tahlil..dan tak sangka ramai juga yang datang ketika solat jenazah..Aku juga berasa bersyukur kerana mempunyai jiran-jiran yang baik..walaupun kami berlainan agama dan bangsa...


14/11/2010..


Semalam genap 40 hari wan meninggalkan kami semua..2 ari lagi dah nak sambut hari raya aidil adha..walaupun hanya hari raya korban..tapi kehilangannya amat dirasai..Kesian tengok atok yang terpukul dengan pemergian wan..Untuk buat atok happy dan x rasa sunyi..esok atok akab fly ke KL dan beraya di Shah Alam..sekurang2nya xlah terasa kehilangan itu..


Wan...kami semua rindukan wan...kami berdoa wan akan tenang dan bahagia disana...semoga roh wan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal solleh..



Al- Fatihah.....

No comments:

Post a Comment