..::jUsT sEaRcH iT::..

Sunday, May 31, 2009

UiTM Perak anjur Festival Wau
( Dipetik dari laman web Harian Metro - 1 jun 2009 )


BAGI menghidupkan semula permainan layang-layang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perak mengadakan Festival Wau anjuran jawatankuasa perwakilan kolej (JPK) Pasir Salak di padang UiTM Seri Iskandar, baru-baru ini.Penasihatnya, Mohd Khairi Baharom, berkata penganjuran festival itu bagi mengembalikan nostalgia permainan wau yang yang sangat popular pada zaman dahulu.


"Festival ini jarang diadakan masa kini menyebabkan kesenian tradisional itu kurang diminati generasi muda."Justeru, kita mengambil inisiatif untuk menarik minat golongan muda meminati permainan wau."Festival ini membabitkan pertandingan reka bentuk serta permainan wau tradisional dan kontemporari," katanya.


Sempena festival itu, pihaknya mengadakan bengkel membuat wau bagi mengilap bakat peserta menghasilkan wau kreatif. "Peserta diajar teknik yang betul menghasilkan wau termasuk proses meraut buluh, membuat imbangan wau dan corakan wau," katanya.


Beliau tidak menolak kemungkinan festival seumpama itu akan diperkembangkan ke peringkat daerah dan negeri jika mendapat sambutan.

No comments:

Post a Comment